Air Sebenarnya Hidup!


Lu orang pernah minom air kan? Of course lah pernah. Lu jangan nak kencing kaki kencing macam wa. Tak ada air mana ada orang boleh hidup. Air merupakan salah satu element penting dalam kehidupan bernyawa. Semua benda hidup perlukan air bai? Pokok, ular, lipas, manusia dan yang lain-lain lagi yang wa tak tau semua perlukan air. Dalam anggota badan kita pon  memang terdiri daripada air. Otak 74,5% air. Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandung 22% air. Nih fakta beb! Wa tak tipu lu orang punya. Tak brani wa nak tipu-tipu dalam blog ni. Pasal apa? Pasal nanti kalau wa dah mati, tak ada orang boleh tolong delete blog ni, smpai kiamat la dosa wa berbakul-bakul malaikat kumpul. Har har har!

Kita cerita pasal air plak la hari ni. Wa tengok dekat POLL tu pun lu orang vote nk wa post pasal FAKTA. Nih kali nih wa post fakta baik punyer pasal air. Sebelom wa teruskan dengan hujah-hujah wa. Lu orang baca dulu petikan ayat Al-Quran ni :

“….. Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup…..” (Al-Quran,Surah Al Anbiya: 30)

Dah baca? Har har har! Lu orang faham maksud ayat tu? Kalau ikut kitab-kitab tafsir yang sebelum ni, banyak penyelidik, ataupun lebih sesuai wa cakap 'golongan berfikir' bagi maksud yang tak ada air, kita tak leh hidup. Tapi wa ada satu benda baik nk bagitau lu orang. Ni lu orang jangan ingat wa pandai-pandai buat ayat sendiri. Wa pon rembat dari satu magazine wa baca.

Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penelitian tentang perilaku air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu dibekukan sampai -5oC di laboratorium, lantas difoto dengan mikroskop elektron dengan kamera kecepatan tinggi.
  Kalau ikut apa yang lu orang baca kat atas tu, Dr Emoto tu kata air berupaya 'merekod data' apa yang kita ucapkan pada air. Kalau kita kata perkataan baik-baik, molekul air tu jadi cantik. Kalau kita caci maki air tu, molekul air tu jadi buruk! Peh! Betul ke?? Lu orang sambung tengok kat gambar-gambar yang wa sediakan kat bawah ni.
Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicoba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah.

gambar molekul air lepas dibacakan doa (wa taktau doa apa, tapi of course la sesuatu yang baik)

gambar molekul ni air plak lepas dinyanyikan dengan lagu rakyat (harmonic)

 gambar ni lu orang tengok buruk kan? molekul ni jadi rupa macam ni lepas diperdengarkan lagu heavy metal!

yang ni plak pun sama kategori buruk jugak. (rupa molekul air selepas kena caci dan maki)

Ternyata molekul air membentuk kristal segi enam yang indah. Percobaan diulangi dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal kembali membentuk sangat indah. Lalu dicoba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan musik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.
Lu orang pelik tak? Wa tengah pelik ni. Tapi wa punye pelik masih belom tahap maksima lagi sebab ada ayat Al-Quran dah bagi bukti. (wa ada bagi satu bukti kat atas tu, lu orang nk cari bukti lebih, lu orang boleh cuba google sendiri lah!) Ni semua kejadian tuhan. Keajaiban alam semesta. Wa pun tak tau kalau benda ni benda ghaib ke ape ke pasal kita ni manusia bukan tahu semua benda. Terlalu banyak rahsia alam yang Allah swt rahsiakan dari kita.

Lu orang mesti tau kan air zam-zam tu apa dia? Kat bawah ni lu tengok plak molekul air Zam-Zam.

molekul air zam-zam

Last skali Dr. Emoto ni pergi mengelilingi dunia buat experimen pasal air ni kat Swiss, Berlin, Prancis, Palestin, dan kemudian dia dijemput  ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hipotesis dan kesimpulan pasal air ni bulan Mei 2005 lalu. Ternyata air boleh “mendengar” kata-kata, boleh “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menguraikan bahwa air bersifat boleh merakam pesan, seperti pita magnetik atau compact disk.

So fellas, lepas ni kalau lu orang tengok ada tok imam ke tok kadi ke tok jampi ke wak jilat ke kalau diorang baca doa dekat air mineral, lepastu diorang suruh pesakit tu minum air tu, lu orang jangan lah tanya kenapa pulak. Bukti-bukti kat atas dah cukup nak terangkan kenapa dan mengapa. Jadi, tak hairanlah kalau dari zaman dulu smpai sekarang, pengamal perubatan tradisional ni terkumat-kamit baca doa (ayat-ayat suci) dalam botol air mineral pastu suruh pesakit minum.. Lepas tu pulak, tak pasal-pasal pesakit yang minum air tu boleh sembuh. Ni semua tak mustahil sekarang. Pasal air memang boleh merekod data! Har har har!