Dalam Laut Ada Sungai?


Firstly, wa rasa kebanyakkan dari lu orang pun dah tau hal ni. Tapi mungkin ada juga yang masih belom tau. Wa tak kisah kalau lu orang dah tau atau pn belum tau, wa tetap nak sampaikan juga benda ni kat lu orang. Suka hati wa la nk tulis apa pun kat blog wa. Har har har. Pernah dengar tak pasal dalam laut ada sungai? Ataupun wa ringkaskan Sungai Dalam Laut. Kalau lu orang dah tau cerita ni, wa rasa tak payah la lu orang go on membaca. Hanya kepada yang belum tahu sahaja. Tapi kalau lu orang nk baca juga, wa tak halang wa tak larang.

Fenomena alam pasal penemuan sungai bawah laut ni (terletak di Cenote Angelita, Mexico) banyak diperbincangkan oleh orang-orang bijak pandai(pengkaji-pengkaji). First time wa tengok gambar-gambar sungai dasar laut ni, wa rasa kagum, wa rasa diri wa kerdil je. Wa rasa macam dalam dunia ni, sungguh banyak rahsia tuhan yang masih lagi belum kita tahu. Lu orang pun jemput lah tengok skali ya.




 

Nampak tak macam ada sungai dalam laut tu? Apa logiknya? Fakta atau Auta? Macam mana boleh ada sungai bawah laut? Hal ni wa pun tak tau nk terangkan macam mana pasal apa pasal wa bukannya cikgu sains ataupun ahli kaji benda-benda misteri. Wa cuma tau baca, dan baca, dan baca. Boleh kata membaca tu memang hobi wa dari wa kecik. Wa suka baca benda-benda pelik macam esti.my dan seangkatan dengannya.(psst: buku teks sekolah wa tak suka baca). Har har har!

VIDEO TAMBAHAN UNTUK LU ORANG LAYAN

ANGELITA PART 1

ANGELITA PART 2

BUKTI DARI AL-QURAN TENTANG PERKARA INI
Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. (QS : Al Furqon: 53)
“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” (QS : Ar Rahmaan : 19-20)
Beribu-ribu tahun dahulu Al-Quran dah bagitau tentang benda ni memang wujud. Cuma kita ni manusia yang baru terjumpa hal ni. Walaupun benda ni nampak macam tipu, tapi sebenarnya benda ni memang betul-betul ada. Ada juga orang bijak pandai yang cakap warna coklat macam air sungai tu merupakan lapisan gas hidrogen sulfida (H2S). Gas hidrogen sulfida ni biasanya terhasil dari saluran pembuangan kotoran.(kalau lu orang jurusan sains mesti lu orang tau, pasal wa pn tak tau. Har har har)

Namun apa yang pasti, berita pasal sungai ni terlalu diperbesar-besarkan sampai jadi debat antara orang-orang yang berfikir sampaikan ada yang berdebat masuk hal-hal keagamaan.Apa pun yang diorang debatkan, kita sebagai umat Islam kena percaya yang apa yang diceritakan dalam Al-Quran itu sentiasa betul.