Mari Kenal Lipas.



Ramai yang takutkan lipas. Pernah tak lu orang dihantui dengan lipas? fenomena dengan lipas? Atau adakah lu orang mempunyai cerita yang menarik di sebalik perkataan 'Lipas'?  Boleh kata hampir setiap rumah dalam Malaysia ni ada lipas sekurang-kurangnya seekor.

Sekarang bukan wa nk cerita pasal dinosor ke ape ke. Tajuk pun "Mari Kenal Lipas" dah sah-sah la wa nk cerita pasal lipas! Kat bawah ni wa sediakan beberapa fakta menarik pasal lipas. Jom kite berkenalan!


1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila

2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit..

3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus

4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup

5. Lipas mempunyai darah berwarna putih

6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.

7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia

9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina

10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya

11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.

12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani

13. Lipas ada gigi di dalam perutnya

14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu

15 .Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat

16 .Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula

17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung

18 .Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut

19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam

20 .Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa.

lipas goreng (nampak macam sedap, ada jual tak kat Malaysia ni?)

ni spesis lipas paling besar dalam dunia (Macropanesthia)

Sedar tak sedar, lipas merupakan serangga parasit yang paling cepat membiak dalam dunia dan lipas juga merupakan serangga yang paling lama hidup di bumi. wahh! Betul ke? Tak percaya ke? Sains memberitahu bahawa lipas dah wujud sejak zaman dinosor lagi (takkan korang tak kenal dinosor?) Kalau pernah tengok cerita Jurassic Park, mesti korang tahu apa itu dinosor. Kalau tak kenal juga, nanti-nanti lah wa bagitau pasal dinosor plak!

"Salam perkenalan dari saya cik lipas!"

Tahniah kerana lu orang telah menjadi pembaca pertama dalam blog baru yg wa buat ni. Just to share some information for you guys out there. Jangan lupe tinggalkan komen-komen mengarut you all di bawah! Peace.