Mari Kenal Gajah.

 

Hari tu wa ada post pasal lipas. Kali ni wa nak post plak pasal gajah. Erm. Wa rasa ramai dari kita tak pernah tengok gajah dalam hutan yang ada kat habitat nya sendiri.(kalau dalam zoo tu tak payah cerita lah bai?) Lain excitement dia kalau tengok gajah dalam zoo dengan tengok gajah dalam utan. Masa wa pergi taman negara dulu pun wa tak de plak teserempak dengan sang gajah ni. Rugi lah wa bawak kamera canggih-canggih tapi tak dapat snap gambar gajah. Tapi tenuk wa jumpe plak? har har har.

Dunia Dari Pandangan Mikroskop!


Kita semua tau zarah tu benda paling kecik dalam dunia. Tapi wa sendiri tak tau kalau elektron, neutron dengan proton tu salah satu zarah? Erk. Wa bukan nk cerita pasal hal sains kehidupan kat sini. Kang kalau wa explain apa yang wa tau pasal proton tu semua kang sampai 3 minggu pun tak habis cerita. Dah macam tajuk lagi The Strokes nanti "Hard To Explain" Har har har. Serabai jer. Ni wa nk kongsi dengan lu orang, benda-benda biasa yang lu orang nampak, tapi tak biasa lu orang tengok. Har har har. Macam pelik jer bunyi ayat tu. Ape ape jer la. Bedal jer.

Rambut Jadi Rantai


Rantai. Bila wa cerita pasal rantai. Lu orang dah tau dah apa yang dimaksudkan dengan rantai. Selalunya rantai ni ada kat leher-leher para gadis. Biasalah geng, rantai tu kan salah satu elemen untuk menghiasi diri semua orang. Tak kisah lah lelaki ke perempuan ke budak kecik ke budak besar ke, agak-agak kalau rantai tu cantik, komfom orang pakai. Kali ni ada satu lagi kes pelik berkaitan dengan rantai. Har har har.


Awan Pelik Di Sekeliling Kita


Malam ni malam Nisfu Syaaban. Jadi wa rasa ada eloknya wa post sesuatu yang boleh buatkan kita berfikir tentang sesuatu yang Tuhan cipta. Gambar kat atas ni bukan awan nano macam dalam lagu Hafiz AF. Ni betul-betul kejadian misteri yang menimpa kita. Tak ada siapa pun dalam dunia ni yang mampu merungkai misteri di sebalik kejadian-kejadian perubahan bentuk awan macam ni. Gambar kat atas tu gambar awan dekat Uruguay. Memang pelik awan tu, tapi bukannya diubahsuai superimpose guna software edit gambar. Ni memang betul-betul terjadi.

Dalam Laut Ada Sungai?


Firstly, wa rasa kebanyakkan dari lu orang pun dah tau hal ni. Tapi mungkin ada juga yang masih belom tau. Wa tak kisah kalau lu orang dah tau atau pn belum tau, wa tetap nak sampaikan juga benda ni kat lu orang. Suka hati wa la nk tulis apa pun kat blog wa. Har har har. Pernah dengar tak pasal dalam laut ada sungai? Ataupun wa ringkaskan Sungai Dalam Laut. Kalau lu orang dah tau cerita ni, wa rasa tak payah la lu orang go on membaca. Hanya kepada yang belum tahu sahaja. Tapi kalau lu orang nk baca juga, wa tak halang wa tak larang.

Patung Yang Hidup!



Bila cakap pasal patung, teringat wa masa zaman budak-budak dulu. Main-main dengan patung. Kalau zaman wa budak dulu wa main patung jenis ultraman. Har har har. Sampai kakak wa belikan satu mainan Ultraman favourite wa. Kalau lelaki lain patungnya, kalau perempuan pun lain patungnya. Barbie Doll lah, macam-macam lah. Wa pun tak tau nak bagi list patung-patung perempuan. Tapi zaman sekarang dah macam-macam patung ada. Sampaikan patung pun boleh jadi modal untuk diwayangkan (Child Play, Barbie, Toy Story,etc)


Makhluk Halus Yang Ditelan


Lu orang sedar tak, setiap hari lu orang telan sekurang-kurangnya berpuluh-puluh mikroorganisma masuk direct ke dalam perut lu orang. Memang lu orang tak kan sedar benda ni. Pasal wa pun sama macam lu orang jugak. Telan benda ni hidup-hidup masok dalam perot wa. Erkk. Ngeri tak ngeri la. Lu orang kena baca entry ni sampai habis. Komfom lu orang rasa macam ni --"erk. serabai jer!".

Wanita Tetapi Lelaki (Ladyboys)


Email ni wa dapat dari member wa. Wa rasa dah banyak kes ni berlaku kat Malaysia yang tecinta ni. Lu orang nk tau kes apa? Ni kes pempuan jadi lelaki (ladyboy) . Kalau lu orang biasa lalu kat lorong-lorong area KL tu (wa pn tak sure la lorong nama apa, pasal KL banyak lorong) komfom lu orang pernah ternampak hantu-hantu macam yang wa nk cerita ni. Tapi yang wa nk cerita ni pasal kes kat Thailand la.. Bukan kat Malaysia. Kalau kat Malaysia ada kes ladyboy macam ni, komfom memalukan agama rasmi negara kita ni.

Bersin. Bagus atau Tidak?

 
AaaaAaaAa.. Chummmmm!! Semalam ni wa selsema teruk la geng.(snort!) Tak dapat nak post apa-apa pun. Otak wa jadi jem. Wa buat apa benda semua tak ada mood! Hari ni Alhamdulillah dah berkurang sikit. Cerita pasal selsema, wa ada buat kajian (tinjau-tinjau) pasal bersin. (Ini bersin geng.. Bukan BERSIH. Nak sembang politik kat sini, smpai bulan depan pun tak habis) Apa yang membuatkan bersin berlaku, efek-efek bersin. Hukum bersin. Aish! Macam-macam lah pasal bersin wa baca. Yang wa type ni sikit-sikit je pasal bersin yang wa rasa lu orang pun kena amik tau. Pasal lu orang pun sama manusia macam wa, bersin jugak kadang-kadang. Kan? Lu jangan kencing kaki kencing la bai. Kucing pun pandai bersin. Har har har.

Sejenak Di Alam Kucing


Kembali lagi dengan entry pasal binatang. Har har har. Jom selidik pasal kucing pulak. Lu orang pernah bela kucing? Kalau tak kenal kucing memang lu orang ni bangsa dari planet lain kot? Wa rase tak perlu la wa nk quote dari wiki pasal kucing ni. Pernah tak lu orang nampak kucing yang lu orang bela, kadang-kadang syok sendiri main sorang-sorang @ sekor-sekor? (erk wa pn tak tau nk guna kata ganti nama apa kat sini.)

Kitar Hidup Sang Panda!


Sekali tengok, panda kat atas ni macam kelakar pn ade kan? Wa asyik post pasal binatang jer. Takde benda lain ke wa nak post? Har har har. Suke wa la nk post apa pun. Ni blog wa, wa punya suka lah. Lipas wa dah cerita, babi wa dah cerita. Ni binatang ke tiga wa nak post kat blog ni. Kali ni pasal panda plak. Har har har. Binatang-binatang lain tu next time lah wa post. Lu orang dah kenal dgn panda? Kalau blom jom skodeng sat
.

Babi Berbulu


Har har har. Wassup wassup fellow-fellow serabai semua. Lu orang mesti tau kan kambing tu apa. Kambing merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, bertulang belakang (vertebrat), kelas mamalia. Kambing adalah haiwan berdarah panas. Har har har! Kat kampung wa banyak kambing, macam-macam jenis kambing ada. Wa rasa kat kampung lu orang pun ade jugak kot kambing. Tu pon kalau lu orang memang asal dari kampung macam wa. Kalau lu orang asal dari bandar memang kambing tu 'RARE' bagi korang. Tapi lu orang rilek jer ok? Pasal kat sini wa bukan nak cerita pasal kambing. Tapi babi. Har har har! Ape kejadahnye wa nak citer pasal babi ni lu orang tanya? Pasal babi yang wa nk cerita ni special sikit bai. Babi yang berbulu. Har har har. Komfom lu orang nk baca story ni smpai habis.

Dalam Iklan Pun Ada Hantu


Wa nak try la pulak post benda ni. Mana tau lu orang belum tau lagi. Kita selalu dengar cerita hantu kan? Hantu kat sana lah hantu kat sini lah macam-macam cerita hantu boleh dengar kat sekeliling. Sampai wa rasa, dah lali dengar cerita-cerita hantu. Tapi lali tak lali sekali dengar seram jugak jadinyer. Walaupun dah banyak kali dengar. Har har har!

Air Sebenarnya Hidup!


Lu orang pernah minom air kan? Of course lah pernah. Lu jangan nak kencing kaki kencing macam wa. Tak ada air mana ada orang boleh hidup. Air merupakan salah satu element penting dalam kehidupan bernyawa. Semua benda hidup perlukan air bai? Pokok, ular, lipas, manusia dan yang lain-lain lagi yang wa tak tau semua perlukan air. Dalam anggota badan kita pon  memang terdiri daripada air. Otak 74,5% air. Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandung 22% air. Nih fakta beb! Wa tak tipu lu orang punya. Tak brani wa nak tipu-tipu dalam blog ni. Pasal apa? Pasal nanti kalau wa dah mati, tak ada orang boleh tolong delete blog ni, smpai kiamat la dosa wa berbakul-bakul malaikat kumpul. Har har har!

Daging Dari Najis Manusia


Peh. First time wa baca, wa terus rasa loya nk termuntah plak rasanya. Boleh pulak buat burger guna najis manusia? Apa pelik cerita yang wa dapat ni. Memang betul ni der. Ada saintis kat Jepun buat burger tahi ataupun lebih dikenali dari "SHIT BURGER". Wa try-try jugak search images@google benda ni. Tapi yang wa dapat, burger KFC har har har. Merepek lah sial! Kat sini wa ada copy paste article pasal burger tahi ni. Lu orang baca la sendiri. Wa takleh nk cakap benda ni tipu ke ape ke, pasal orang Jepun ni memang pengotor wa cakap lu!

Cara Nak Access Website Yang Disekat Kerajaan Malaysia


Sebelum wa mulakan hujah-hujah merepek dan meraban. Apa kata korang try dulu satu benda ni. Memang COOL habis wa cakap lu. Wa dengar banyak website SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dah block? Mesti lu orang tension kan? Wa pun tension gak mula-mula. Tapi wa dapat tau satu jalan menarik macam mana nk access website-website yang SKMM lahabau ni dah block. Internet sepatutnya free bai! Informasi dalam internet sepatutnya free!

Mari Kenal Lipas.



Ramai yang takutkan lipas. Pernah tak lu orang dihantui dengan lipas? fenomena dengan lipas? Atau adakah lu orang mempunyai cerita yang menarik di sebalik perkataan 'Lipas'?  Boleh kata hampir setiap rumah dalam Malaysia ni ada lipas sekurang-kurangnya seekor.

Sekarang bukan wa nk cerita pasal dinosor ke ape ke. Tajuk pun "Mari Kenal Lipas" dah sah-sah la wa nk cerita pasal lipas! Kat bawah ni wa sediakan beberapa fakta menarik pasal lipas. Jom kite berkenalan!