Mari Kenal Gajah.

 

Hari tu wa ada post pasal lipas. Kali ni wa nak post plak pasal gajah. Erm. Wa rasa ramai dari kita tak pernah tengok gajah dalam hutan yang ada kat habitat nya sendiri.(kalau dalam zoo tu tak payah cerita lah bai?) Lain excitement dia kalau tengok gajah dalam zoo dengan tengok gajah dalam utan. Masa wa pergi taman negara dulu pun wa tak de plak teserempak dengan sang gajah ni. Rugi lah wa bawak kamera canggih-canggih tapi tak dapat snap gambar gajah. Tapi tenuk wa jumpe plak? har har har.

Wa pun tak tau dah nak sembang apa kat sini. Sekarang bukan nak cerita pasal apa pun, wa just nak share fakta-fakta tentang gajah jer.

1.Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tak boleh melompat. 
2. Gajah mempunyai kadar dengupan nadi yang perlahan iaitu kira-kira 20-30 dengupan seminit. (ada yang kata 27) 
3. Seekor gajah boleh hidup sehingga usia 70 tahun tapi ada juga yang lebih dari itu. 
4. Gajah boleh belajar sehingga 60 jenis arahan yang berlainan. 
5. Gajah boleh minum sehingga 80 gelen air sehari, kira-kira bersamaan 302.832943 liter. 
6. Belalai gajah boleh menyimpan sehingga 2.5 gelen air pada satu-satu masa bersamaan 9.46352946 liter.  
7. Pada tahun 1916 seekor gajah dibicarakan dan dihukum gantung atas kesalahan membunuh di Erwin, Tennessee. (United State) 
8. Pada Perang Duni ke 2, bom pertama yang dijatuhkan oleh tentera bersekutu ke atas Berlin telah membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin. 
9. Gajah adalah haiwan kebangsaan negara Thailand. 
10. Gajah liar boleh makan sebanyak 100-1000 pound tumbuh-tumbuhan dalam sela masa 16 jam. 
11. Gajah boleh mengeluarkan tahi sebanyak 80 pound dalam satu hari. 
12. Berat gigi gajah boleh mencapai sehingga 3kg. 
13. Hanya gajah, dolphin dan beberapa jenis monyet yang boleh mengecam muka mereka di dalam cermin. 
14. Gajah boleh berlari sehingga 24mph tapi pada jarak yang singkat. 
15. Gajah hidup dalam kumpulan (kawanan) atau dalam bahasa Inggeris disebut herd yang hanya ada ibu dan anak-anak gajah sahaja. 
16. Bapa gajah akan meninggalkan kumpulan apabila usia mereka mencecah 12 tahun. 
17. Gajah tidur berdiri. 
18. Tapi ada juga anak gajah yang mampu tidur berbaring. 
19. Gajah menyejukkan badan dengan mengipas-ngipas telinganya. Perbuatan ini akan menyebabkan darah di bahagian telinga menjadi sejuk dan darah tersebut akan mengalir ke seluruh badan gajah dan menyejukkan gajah tersebut.
20. Gajah boleh mengandung sehingga 2 tahun dan ini merupakan tempoh kandungan paling lama bagi haiwan di darat.

 seekor gajah tu

tahi gajah. cukup banyak tak??

gajah ni sedang baring. bukan tidur

Gajah ni lain sikit sifat dia. Pasal apa? Pasal gajah ni pandai 'naik minyak'. Lu orang pernah dengar tak cerita pasal gajah mengamuk kat Perak, one by one bertembung dengan kereta api pengangkut barang? Jangan tanya lah. Memang gajah tu mati kat situ. Nanti kalau wa ada masa wa post la pasal tu. Lagi satu hal, anak gajah jer tido terbaring. Tak macam gajah dewasa. Erm wa pn tak tau kenapa, mungkin sebab anak gajah tu tak tau lagi yang dia tu seekor gajah? Har har har. Nanti ada masa wa letak fakta pasal haiwan lain plak.

"Salam perkenalan dari saya sang gajah!"