Kaum Yang Dimusnahkan


Assalamualaikum semua. Firstly, wa nak mintak maaf kat lu orang pasal dekat 2-3 minggu wa tak update blog ni. Biasa lah geng, wa pun manusia biasa jugak, ada time wa busy, ada time wa free. Wa bukan hardcore blogger macam lu orang yang boleh update blog wa hari-hari. Sibuk dengan persiapan Ramadhan, dan sibuk juga dengan ketibaan Ramadhan. Sepanjang wa offline, wa banyak membaca je. Wa ada baca satu buku yang bertajuk "Kaum-Kaum Yang Pupus" ditulis oleh Harun Yahya. And all of a sudden, wa rasa nak share dengan lu orang semua salah satu dari benda yang wa dah baca.

Lu orang pernah dengar kisah Nabi Lut A.S dan kaumnya yang mengamalkan sex songsang? Apa yang wa dapat dari buku yang wa baca, kaum Nabi Lut A.S ni pupus sama sekali dengan azab tuhan yang pedih. Ni wa salin balik ayat-ayat Quran yang menerangkan tentang kemusnahan kaum ni :-
1) Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang). (Surah Al-Hijr: 73-76)

2) Maka apabila datang (masa pelaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tonggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu. (Surah Hud: 82-38)

3) Kemudian Kami hancurkan  yang lain (yang menentang Nabi Lut). Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan keuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (Surah As-Syuara: 172-175)
Statement 'diterbalikkan' tu maksudnya tempat kaum Nabi Lut tu dihancurkan oleh gempa bumi yang hebat. Benda ni dibuktikan oleh sorang arkeologi Jerman,  Werner Keller.

Peristiwa yang lebih kurang sama jugak jadi kat satu negeri yang dikenali sebagai Pompeii, kat Itali. Bandar Pompeii ni dulunya terkenal dengan seks. Pompeii adalah simbol keruntuhan Empayar Rom yang pernah terlibat dengan kegiatan seks yang melampaui batas. Kemusnahan masyarakat Pompeii sama dengan apa yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut A.S. Letusan gunung berapi Vesuvius menghancurkan mereka. Masyarakat Pompeii mengikuti tradisi yang berasal daripada kepercayaan Mithra yang mengatakan "alat-alat kelamin dan perlakuan persetubuhan tidak sepatutnya terlindung tetapi mestilah dilakukan di tempat yang terbuka".

Bukti-bukti yang jelas pasal kehancuran Pompeii dan masyarakatnya masih jelas sampai sekarang. Kat sini wa ada gambar-gambar sikit yang wa collect dari google untuk lu orang ushar.

 
kemungkinan sedang berbogel  
 

 gambar mayat yang mengeras (dan terseksa)

raut wajah terseksa dari azab Tuhan masih kekal sehingga hari ini

beribu mayat mengeras dijumpai 18 kaki di bawah tanah di Pompeii

adegan seks 1

mayat keras yang dimuziumkan

mayat keras 

mengeras semasa melakukan seks (obviously tengah bogel)

budak kecil juga tak terkecuali
lukisan di dinding gambar yang dijumpai

gambar yang menunjukkan perbuatan seks itu satu kebebasan

satu lagi gambar, minta maaf kepada anak-anak kecil, gambar agak sensored. 


Astagafirullahalazim. Seriusly, masa wa baca buku ni, timbul keinsafan kat hati wa and wa betul-betul rasa yang azab Allah tu sememangnya benar ke atas kaum-kaum yang tak beriman. Perlu wa ingatkan pada pembaca-pembaca wa yang majoriti duduk kat bumi Malaysia. Azab tuhan tu tak kira kita muda atau tua sebab azab tu akan menimpa seluruh masyarakat. Tidak kira terlibat atau tidak, selagi kita tak cegah kemungkaran yang berlaku kat sekeliling kita atau dalam bahasa saintifiknya "tak amik port", maka selagi itulah kita juga berupaya untuk ditimpa azab dan laknat tuhan macam yang dah jadi kat masyarakat Pompeii ni masa tahun 70SM. Bukan apa geng, pasal wa sendiri tak berani nk bohong yang maksiat kat Malaysia ni semakin berleluasa. Contoh paling mudah, wanita muslim yang tak tutup aurat masa lepak/ enjoy/ jalan-jalan. Maksiat tak tutup aurat ni ada kat mana-mana seluruh Malaysia.

Itu je yang wa nk post. Sorry kalau post wa ni bersifat keagamaan sikit, sebab wa sendiri rasa bulan Ramadhan yang mulia ni, wa patut perbanyakkan lagi post-post yang macam ni, mudah-mudahan kita semua berfikir dan mudah-mudahan juga kita dapat rahmat dan keberkatan dari tuhan kita yang Maha Agung, Maha Satu lagi Maha Berkuasa. Semoga lu orang, dan wa sendiri amik pengajaran dari peristiwa yang menyedihkan ini.

Salam Ramadhan dari wa, Gemok Serabai.