Sejenak Di Alam Kucing


Kembali lagi dengan entry pasal binatang. Har har har. Jom selidik pasal kucing pulak. Lu orang pernah bela kucing? Kalau tak kenal kucing memang lu orang ni bangsa dari planet lain kot? Wa rase tak perlu la wa nk quote dari wiki pasal kucing ni. Pernah tak lu orang nampak kucing yang lu orang bela, kadang-kadang syok sendiri main sorang-sorang @ sekor-sekor? (erk wa pn tak tau nk guna kata ganti nama apa kat sini.)

Kalau lu orang rasa seronok bela kucing, dapat main-main dengan kucing. Bagi yang menyayangi kucing, mesti lu orang enjoy kan tengok kucing lu orang terlompat-lompat sana sini? Kat bawah ni wa nk selit sikit kebaikan-kebaikan yang lu orang dapat dari bela kucing (kredit kepada: kami sayang kucing)


1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular  daripada mereka yang mempunyai  kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela  kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

3. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing .  Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan  berkembang.

4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

5. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap  kucing dapat membantu  menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.

11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.
Yea itulah dia serba sedikit kebaikan membela kucing. Sorry la geng, wa lambat update pasal tadi wa pergi tengok wayang layan Transformer 3. Super terbaik bai. Ok jom sambung story pasal "Sejenak Di Alam Kucing". Lu orang nk tau knapa wa letak macam tu? Har har har. Pasal kalau lu orang perasan, kucing ni kadang-kadang syok sendiri main sorang-sorang. Tak tahu apa benda yang dimainkan. Kita bukan leh nampak atau pn leh paham pn apa yang kucing nk sampaikan. Yang kita tahu kucing ni haiwan peliharaan yang jinak. Tu jer. Lain-lain kita tak amik tau pun kan. Betul tak wa cakap?

Paling best bila lu orang dapat snap gambar masa kucing ni 'beraksi' sendiri-sendiri. Gambar tu plak lu orang boleh bagi andaian yang macam-macam. Boleh kata, kucing ni macam berinteraksi dengan benda-benda halimunan. Har har har. Nak tau gambar apa yang wa maksudkan. Lu orang layan la gambar kat bawah ni.

kucing tengah high five dgn kawan 'halimunan'

kucing jadi golkeeper (kucing blakang tu referee)

ni tengah berjemur bawah matahari (apesal wa nmpak gelap jer?ada ke matahari?)
 

perlanggaran motor dengan motor (kebabom!)
 
kucing tengah feeling layan muzik

ni tengah berenang. (mana air nya?)

kucing ni baru balik shopping kot

nampak kuda tak?(kucing ni tengah naik kuda)

fuhh macam real jer motocross ni

kucing melalak (bunyi same jgk 'meeooww')

kucing sebagai jurutera (tengah ukur brapa kaki)

yang ni wa tak faham. har har har


ada gaya tengah naik basikal tak?
 
macam pomen tengah repair kereta

kucing ni tengah bancuh simen kot?
 
tengah merakit/naik sampan kot..

  
kucing ni tengah main alat muzik accordian

Syok tak layan gmbar-gambar tu? Har har har. Serabai jer kan? Tapi mesti lu orang cakap comel. Kalau tengok balik gambar-gambar kat atas tu, apa yang sebenarnye kucing tu tengah buat wa pun tak tau la bai. Memang biasa la kucing macam ni. Syok sendiri. Sebab tu kalau kita bela kucing, tengok kucing wat perangai macam ni, hati jadi tenang. Orang kata, terhibur la juga sikit duka dan lara dalam hati tu. Kalau ada tekanan darah tinggi pon, kalau tengok kucing macam ni, komfom boleh turun tekanan darah tu? Entah lah. Har har har. Wa bukan doktor. Lu nk tau lu tanya la doktor atau pakar haiwan. Har har har.

KUCING DAN ISLAM


Tapi secomel-comel kucing pun, ada jugak segelintir masyarakat Islam yang tak benarkan bela kucing. Ada jugak imam-imam yang bagi pendapat yang kucing ni tak boleh dibela sebab kucing ni asalnya haiwan liar. Ada jugak segolongan dari masyarakat Islam cakap kucing ni sebenarnya najis. Sebab tu tak leh bela. Betul ke kucing ni najis? Pasal wa rasa wa pernah dengar dulu tok guru wa kata, kucing ni haiwan kesayangan Nabi. Ada satu hari tu masa Nabi nak solat, ada kucing tidur atas sejadah Nabi sampaikan Nabi sendiri sanggup gunting sejadah tak nak kejutkan kucing ni dari bangun tidur. Kalau ada dari lu orang yang beranggapan macam ni, lu orang baca la fatwa-fatwa yang wa sumbat kat bawah ni.

1. Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," -- [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

2. Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

3. Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling."

4. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, -- [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

5. Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

6. Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

7. Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.
 Wa rasa hadis-hadis yang wa rembat kat wiki ni pon dah ckup nk bagitau yang kucing tu bukan najis. So lu orang boleh lah teruskan membela kucing. Tapi lu orang kena ingat, kalau dah bela tu kena bagi makan secukupnya, bagi kebebasan secukupnya macam mana habitat kucing tu. Lu orang kurung, lu dosa. Lu orang tak bagi makan pon lu dosa. Har har har. Jangan ingat senang nk bela kucing ni bai !

Akhir kata dari wa, lu orang tau tak sebenarnya Firaun anggap kucing ni Tuhan dan Firaun paling takutkan kucing? Har har har!