Wanita Tetapi Lelaki (Ladyboys)


Email ni wa dapat dari member wa. Wa rasa dah banyak kes ni berlaku kat Malaysia yang tecinta ni. Lu orang nk tau kes apa? Ni kes pempuan jadi lelaki (ladyboy) . Kalau lu orang biasa lalu kat lorong-lorong area KL tu (wa pn tak sure la lorong nama apa, pasal KL banyak lorong) komfom lu orang pernah ternampak hantu-hantu macam yang wa nk cerita ni. Tapi yang wa nk cerita ni pasal kes kat Thailand la.. Bukan kat Malaysia. Kalau kat Malaysia ada kes ladyboy macam ni, komfom memalukan agama rasmi negara kita ni.

Kalau orang bukan Islam wa tak kesah lagi lah nk jadi apa pun. Lelaki nk jadi pmpuan, pempuan nk jadi lelaki. Lu orang kena ingat sikit tu tanda-tanda kecil kiamat dah menghampiri. Har har har. Kalau dulu kita semua boleh kenal mangkak tu maknyah ataupun pondan sekali imbas je. Tak gitu? Tapi masa berlalu cepat bai. Dunia berubah, zaman pun berubah, manusia pun berubah. Sampai orang barat sana panggil "RAPID TECHNOLOGY" punyela nak bagi tau yang teknologi bergerak pantas. Har har har.

Sebabkan masa berlalu begitu cepat, sekarang ni dah susah nk bezakan mana satu lelaki, mana satu perempuan. Yang pakai tudung wa tak sure plak nak masukkan dalam kategori ni ke tak. Har har har. Pasal apa wa cakap dah susah nk beza kan lelaki atau perempuan? Aa. Jom sama-sama kita layan gambar-gambar kat bawah.









Nampak macam perempuan kan walaupun tak nampak originality (macam mana nak nampak diorang smua bukannye bogel). Tapi wa nak nasihat lu orang semua yang kaki-suka-pergi-thailand tu. Just beware la dengan telor-telor setengah masak yang ada kat sana macam kat gambar-gambar atas tu. Bukan nak cakap wa ni baik sangat, cuma nak bagi nasihat jer, supaya tak teraniaya. Har har har. Ada lagi sikit gambar untuk korang layan. Check it out.








 
Cantik-cantik kan semua? Komfom napsu-napsu lu orang yg bergelar lelaki cair macam ais letak kat atas jalan raya di kala matahari sedang memacak di atas kepala. Har har har. Tu baru sikit gambar. Ada lagi ramai yang macam ni kat Thailand. Kat Malaysia pun tak terkecuali. Kalau lu orang rasa nak info-info yang lebih lanjut pasal pertubuhan Ladyboys tu, lu orang masuk la website yang dah terpampang kat gambar tu. Wa takde mase nak masuk. Masa wa pun dah cukup singkat dengan kerja-kerja wa. Har har har.

HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN
Daripada Umar bin al-Khattab ra (dalam hadis yang panjang) ... Kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah SAW: "Maka khabarkan kepada ku tentang hari kiamat?". lalu Nabi SAW menjawab :"Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya". Maka Jibrail lalu berkata : "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi SAW menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan".
Diantara tanda kaimat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini adalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikirann manusia sudah terbalik, dimana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.

Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari orang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut, tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah. (kredit kpd:RockKapak)
Ok la geng, wa akhiri entry wa dengan syair yang wa harapkan boleh bukak mata zahir dan mata hati semua orang (termasuk diri wa sendiri). Caww.

SYAIR SYEIKH FAHMI ZAMZAM

Sedikit ilmu banyak yang jahil,
Akibat zina banyak yang hamil,
Banyak terjadi perkara ganjil,
Di sana sini besar dan kecil

Jumlah lelaki kian sedikit,
Wanita ramai berhimpit-himpit,
Wanita kerja mencari duit,
Peluang lelaki menjadi sempit.